Quantcast
Channel: Premium Beautiful by Naa Kamaruddin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 200

5 Perkara Wajib Ambil Kira Sebelum Memulakan Bisnes

$
0
0
Sejak kebelakangan ini,
semakin ramai di kalangan kita mula berjinak dengan dunia perniagaan, sama ada kecil-kecilan atau besar-besaran.
Semakin ramai juga menggunakan social media
sebagai platform untuk mulakan business.

So here Naa nak berkongsi 5 benda yang kita wajib tahu
and ambil kira bila nak mulakan sesuatu bisnes. 
Hopefully this sharing will benefit every
each one of us in so many ways, inshaAllah :)

And if korang masih samar-samar atau keliru, just drop Naa a message/call at +60122844960. 
I'd be glad to share my experience ;)


Kestabilan sesebuah syarikat sangat penting, 
kerana ia berkait terus dengan produk, strategi pemasaran, pembahagian bonus dan keuntungan yang kepada pengedar/usahawan. 
Syarikat juga yang menyediakan 'platform' untuk pengedar/usahawan baru berniaga dengan lebih mudah, tanpa perlu memikirkan pelbagai masalah pengurusan kerana adanya sistem yang tersedia lengkap.  

Pastikan kita memilih produk yang mudah terjual, produk yang menjadi keperluan, dan produk yang terbukti berkesan.
Pilihan produk terbaik ialah KILLER PRODUCT dan HOT SELLING PRODUCT.
Dengan adanya pilihan produk terbaik, kita tidak perlu risau lagi tentang "boleh ke jual?" atau "ada ke orang nak beli ni?" 
Inilah kelebihan PULL MARKET berbanding PUSH MARKET.
Orang akan datang bertanya dan mencari kita untuk mendapatkan produk yang mereka ingini tanpa kita perlu bersusah payah mempromosi satu-persatu barang jualan.


Banyak juga sebenarnya produk yang bagus di pasaran.
Sayangnya, ada sesetengah produk yang hebat itu kekurangan strategi pemasaran yang berkesan.
Kadang-kadang terdapat kelemahan pada sistem atau model perniagaan di bawah sesetengah syarikat.
Paling penting, kita perlu faham secara teliti.
Pilihlah sistem yang mudah kita faham, adil dan telus bagi semua usahawan, dan terbukti melahirkan ramai pelapis usahawan berjaya.

Sebaik melangkah ke dalam sesuatu business, kita memerlukan mentor yang boleh membimbing kita untuk mencapai kejayaan seperti mereka. Dalam Islam pun, mengajar kita untuk 'berguru dalam mencari ilmu'. 
Bila ada masala atau kekeliruan, mentor yang akan jadi sumber rujukan kita dahulu.


Kita wajib menambah ilmu dengan menghadiri training, seminar, dan workshop. Kebanyakan business group akan menyediakan kelas secara percuma sahaja untuk memberi ilmu dan bimbingan kepada usahawan/pengedar baru. 
Jadi, walau setinggi mana pelajaran atau pangkat kita, letakkan diri kita sebagai 'new student' bila baru memulakan business. 
Sediakan diri kita untuk dibimbing mentor, dan jadilah separuh gelas penuh untuk mudah kita isi lagi ilmu baru untuk setiap kali pembelajaran.
Always believe in a long life learning dan jangan lupa kita kongsikan pula ilmu yang kita dapat.

Semoga apa yang Naa kongsikan di sini, 
dapat memberi idea and I wish you all the best especially kepada yang baru nak berjinak dengan business.

More business tips Naa akan kongsikan from time to time In Shaa ALLAH. 
Thank you for reading and feel free to share this post.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 200

Trending Articles