Okay today Naa share about perkara yang boleh kita buat as new enterpreneur untuk market dan iklankan produk mahupun branding kita. Tak perlu nak upah beribu ringgit marketing ataupun branding consultant, kita boleh buat sendiri semua ni. 💪🏼
Tips #1:
Semua orang sukakan benda free. Tak kisahlah besar or kecik, asalkan free orang sanggup beratur panjang. So, this is when you berikan produk korang secara percuma, and itulah advertisement. However, sentiasa buat kira-kira yang mana profit dapat balik mesti lebih tinggi dari modal keluar.
Tips #2:
Bila ada saja peluang untuk attend events yang bakal penuh dengan potential clients, Wajib kita pergi. Dalam events macam inilah kita dapat berjumpa dengan potential product buyers, investors dan business partners. Jangan sesekali lepaskan peluang ni. So from now on, polish your communication and people skills, be humble and confident.
Tips #3:
Orang lain diluar sana suka baca perkongsian tips berniaga, tips kejayaan, nasihat dan motivations. So selalu-selalulah berkongsi dan pastikan kita hanya share perkara yang baik dan memberi manfaat ok.
Tips #4:
Sentiasa hulurkan bantuan, idea and support pada rakan-rakan yang baru mula berminat nak berniaga. Dengan cara ini, lebih ramai orang akan mengenali kita dan bisnes kita.
Tips #5:
Sentiasa libatkan diri dalam aktiviti sosial. Kita akan dapat berjumpa lebih ramai orang (potential clients) disamping boleh asah people skill kita. Best kan!
Tips #6:
Sentiasa share latest updates berkaitan produk, bisnes dan sebagainya dengan rakan-rakan kita melalui email, whatsapp and etc. Promotion/marketing macam ni perlu kita lakukan atleast seminggu sekali.
Tips #7:
Finally, allocate kan sedikit modal untuk design & create giveaway yang creative takpun comel-comel untuk diberikan kepada potential clients kita. Paling penting, giveaway kita tu jangan barang yang senang-senang je orang nak buang ataupun kecik cenonet and senang hilang.
Hopefully apa yang Naa sharekan ni dapat memberi korang a bit of ideas apa nak buat untuk promotekan bisnes korang. Yang mana baik dan bermanfaat tu sila ambil dan amalkan. Yang kurang baik tu jadikan teladan ok.😉