Rasa dah berkurun tak update new blog post.
Now baru nak ambil semangat balik update dan harapnya istiqamah macam dulu-dulu ;)
One of the reason kenapa Naa dah jarang update blog macam dulu is ---> kewujudan instagram!
Kalau dulu, semua pasal life akan update dekat blog, but now semua dah share dekat instagram. Semua makin mudah, just snap gambar, and tekan share jer dekat ig tu kan.
End up, blog yang kurang ber'update'.
Jadi, bukanlah kata busy manjang sampai takde masa nak update blog.
In fact, I have more time with family now. Since Naa and husband dah memang sama-sama uruskan business sendiri, masa kitorang pun sangat flexible dengan anak-anak. Kitorang lebih suka keluar jalan-jalan, shopping, or tengok movie waktu siang, time orang tengah bekerja. Sangat relax, tak payah bersesak-sesak on weekends dah.
So here goes some of the pictures from our daily activities on weekdays..
Inilah gambaran dalam kereta kitorang.
Selalunya Abang Danial confirm tertidur dulu bila naik kereta and adik Danish maintain cool jer, hehe..
Kalau rasa malas nak masuk dapur, nak cepat, kitorang memang akan ke sini untuk lunch. Our favorite spot, Nasi Kak Wok, Danau Kota. Memang so far, this is the best Nasi Kak Wok yang ikut selera kitorang.
Abang Danial pun suka makan ni. Sometimes, dia boleh habiskan sebungkus.
Ini, antara menu kalau hari yang rajin masak.
Eh, memang kira sangat rajin berbanding dengan dulu-dulu tau. And the best part, me and hubby will always cook together sekarang ni.
Bila ada urusan business perlu settle, kami akan check in office juga. Samada di Klang, atau di Shah Alam.
Sometimes, urusan ambil stock and register new agents.
Ada juga hari-hari yang Naa and hubby keluar jumpa clients for meeting. So, after ambil Danial from school, kami tinggalkan anak-anak sekejap and keluar for business appointment.
On weekdays, kitorang suka bawa keluar anak-anak untuk main. Since cuaca panas, we decided to stay indoor sahaja.
Derang memang seronok la, tak payah tunggu turn nak main, sebab takde orang ramai on weekdays. This Jurassic Rides ada dekat AEON Mall, Shah Alam.
Naik ride macam ni pun derang dah happy sangat-sangat. All they want is to spend more time with us, sambil main.
And sekali-sekala we surprised them with presents.
For them, doesn't matter mahal atau murah, but yang penting dapat new toys.
Both of them showing off their new toys. Paling comel si adik, macam baby turtle jalan-jalan dalam rumah kitorang. Costume lagi besar dari badan tuannya. hahaa..
Ni pulak, gambar from our movie date. We were watching Batman Vs. Superman waktu ni.
The BatKids!
Kalau keluar dengan dua orang budak ni, sebenarnya confirm terjerit-jerit mommy. Siapa ada anak 2/3 boys confirm faham kenapa. Huhu.
Whatever it is, all I want is to see my boys growing up right in front of me.
Naa nak tengok derang membesar dengan sihat, sempurna, dan happy jer sentiasa.
We love you both so much boys!
So, itulah serba sedikit gambaran my life as a Mompreneur, working from home. Basically, kami hanya keluar urusan business mengikut keperluan and appointment based.
Cuma on weekends, waktu orang lain berehat or keluar jalan-jalan, kami pula akan penuhkan masa dengan business meetings, group training and coaching sessions.
This is part of our responsibility as business coach and leaders.
This is what I Love To Do for a living.
Life as a Wife, life as Mom, life as an Entrepreneur.
Tak susah pun, hasil kerja keras 2 tahun pertama dulu sangat-sangat berbaloi. Semuanya hanya bermula dengan Premium Beautiful Corset.
Apa yang Naa kejar, bukanlah kehidupan mewah yang melampau-lampau, tetapi cukup dengan kebebasan kewangan, masa dan kebahagian keluarga.
Alhamdulillah, thank you for what we have now.
Semoga kami diberikan rezeki yang sentiasa mengalir seperti paip air yang terbuka dan tidak akan pernah tutup sampai bila-bila, In Shaa Allah.