Quantcast
Channel: Premium Beautiful by Naa Kamaruddin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 200

Team Raya KL on 1st Syawal

$
0
0
1 Syawal.. 

hari kemenagan yang disambut seluruh umat Islam dengan penuh rasa syukur setelah berjaya melalui Ramadhan selama 1 bulan

hari kita berkumpul dengan ahli keluarga dan saling berkunjungan ke rumah sanak-saudara juga sahabat handai

juga hari untuk kita saling memohon maaf sesama kita.


Setiap tahun, inilah hari yang kita semua nanti-nanti kan. 
Waktu kecil, kitalah orang paling seronok berbaju baru, berkasut baru, dan sibuk kutip duit raya.
Bila dah dewasa dan jadi mak ayah pula, kita lebih fokus dan sibuk menyiapkan anak-anak untuk beraya. 

For Naa sendiri, memang keutamaan adalah anak-anak. I want everything to be perfect for my boys. Every year, Naa yang decide nak pakai color apa for the whole family. Husband just bagi opinion and he will let me decide, paling penting dia tak suka dark colors. So, for this year we picked yellow! Suka sangat tengok this combination of colors on my boys sebab nampak terang dan ceria.




Syawal 2016,
turn kami anak beranak beraya di KL.
Apa yang seronoknya bila turn beraya KL dahulu, kami tak perlu risau nak bersesak di jalan raya untuk balik kampung.
Sehari sebelum raya, jalan di KL semua lengang dan kami boleh enjoy shopping lagi. So, tahun ni, sehari sebelum raya memang Naa and hubby sempat lagi shopping kat Jakel Mall tu. Ramai-ramai yang ada hanyalah orang yang beraya kat KL, jadi tak sesak sangat. Best kan ;)


Kat sini, Naa share some of our pictures
#TeamRayaKL
Team Yellow vs. Team Blue

Nampak menarik jer kan this color combination dalam satu gambar.
Kamilah anak dan cucu Mejar Naserudin.
*we miss you papa, always..


Our small family with beloved Mama.
Alhamdulillah, mama masih kuat dan sihat.
Semua hidangan di pagi raya, memang hasil air tangan mama and our favorite will be mama's lontong and bistik. 



Along's family pula bergambar dengan mama..
bukan senang tau nak make sure semua anak-anak pandang camera and smile. haha..kids will always be kids la kan



Maktok dan cucu-cucu kesayangannya..
semua cucu-cucu ni sangat pandai 'pow' maktok untuk beli macam-macam toys tau. They really know how to pujuk rayu maktok ;P


Ini pula, our sons dengan nek busu and ayong erin.
Another tempat derang bermanja dan pow beli mainan jugak, hehe.



#teamwanita


 #teamlelaki



Along dan Adik..



Cubaan sekali lagi untuk bergambar anak-beranak, tapi Danish taknak smile..
Rasanya, semua orang dengan anak kecil ni memang sangat susah nak dapat the perfect family picture. Anak-anak ni ikut mood derang and cepat hilang focus.




Salam-salam moments..
anak-anak beratur ikut umur ya, siapa besar jalan dulu.



Turn anak teruna no.1 mommy salam ..
waktu ni, i told him "ni kena minta maaf banyak-banyak kat mommy ni, asik gaduh ngan mommy jer kan?"
haha, sebab tu lah dia gelak jer tu.


turn baby busuk mommy pulak..
kiss mommy tapi kantoi mata danish tengah tengok tv ;P 
ohh my anak!



now, turn mommy salam daddy pulak.
"Ampun banyak-banyak bee, i tahu i banyak dosa dengan you."
Biasalah kan, suami sebagai teman gaduh dan tempah luahan segala-galanya. Kadangkala, suara kita ternaik. Kadangkala, kita terbawa emosi.
Apa pun, yang penting saling bertolak ansur untuk jaga keharmonian rumah tangga InShaaAllah.
 I love you so much bee!


Makan sudah, salam sudah, kami sambung balik posing.
Ini gaya mommy bersama 2 anak teruna..Danial and Danish.


Again, the 4 of us..
InShaaAllah semoga ada rezeki nanti untuk tambah baby girl pulak. Planning, another 2/3 years from now jika diizinkan.
Kan bee kan?? ;P 


Ok lah, sampai di sini sahaja cerita Team Raya KL pada 1 Syawal. Kalau ikutkan hati, banyak lagi nak share gambar-gambar lain tapi penuh sangat pulak nanti. 


Akhir kata,
SALAM AIDILFITRI..EID MUBARAK 
to all muslim brothers and sisters,
Maaf Zahir Batin from me,Naa Kamaruddin.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 200

Trending Articles