Are you a BAG-a-holic ?
Do you love handbags ?
How many handbags do you have ?
Korang suka tak kalau mampu ada koleksi handbag sendiri and kalau boleh nak ikuti trend terkini?
If korang suka handbags, mesti korang pun akan suka perhati ladies yang bergaya dengan handbag masing-masing bila berjalan dalam malls.
Paling best, kita tengok artis-artis terkenal especially di Hollywood melaram. Artis-artis Malaysia sekarang pun apa kurangnya. Mereka ni selalu menggayakan latest fashion collection yang definitely akan jadi ikutan ramai.
Bagi yang suka ikuti dunia fashion dan dunia hiburan semestinya korang akan sentiasa aware dengan perkembangan artis-artis idola dan koleksi bag terkini mereka. I'm sure korang pun mesti suka tengok gambar-gambar di majalah and takpun browse through sahaja di internet, facebook dan instagram.
Naa sendiri pun memang suka and usually boleh sampai terleka bila tengok koleksi handbag di internet. From there, kita lebih senang tahu apa trend terkini, apa koleksi terbaru, dan jenama apa yang paling top atau "IN" dengan keadaan semasa.
Handbag dan Wanita tak boleh dipisahkan?
Yes, Naa setuju sangat-sangat :)
Since kanak-kanak lagi kita, orang perempuan dah mula berangan beli and kepit handbag idaman sambil jalan-jalan. Even Naa sendiri, dari kecil suka sangat belek-belek katalog lepas tu berangan nak beli handbag yang itulah yang inilah.
My first handbag Naa beli time student di Universiti. But that time beli ikut budget studentlah. Apa pun, paling penting kita sure nak beli yang cantik, up-to-date, berkualiti, dan tahan lama. Certain people suka beli yang murah so that boleh beli banyak. For me, biarlah sedikit tapi beli yang good quality, tahan lama, dan paling penting betul-betul memuaskan hati.
Bak kata pepatah, 'alah beli, menang memakai'. Kebanyakan handbag mahal, kualitinya jauh lebih baik dan tahan lebih lama. So kepada korang yang ada lebihan duit tu, lebih baik beli 1 designer handbag yang boleh dipakai bertahun-tahun lamanya dan still ada 'value' untuk dijual as 'preloved' item daripada yang tak berjenama. Honestly Naa percaya ia adalah satu pelaburan yang bijak.
Kalau dulu, mungkin tiada banyak pilihan handbag dalam pasaran. But now, we have so many choices and price ranges dari yang murah kepada yang mahal. Tepuk dada dan tanya poket sahaja.
Antara yang famous sekarang; shoulder bag, tote bag, sling bag, wallet, purse, clutch, and backpack. Pada pandangan Naa, handbag bukan sahaja untuk hanya kelihatan cantik atau untuk lengkapkan gaya penampilan sebagai wanita, tetapi boleh dijadikan sebagai pelaburan yang bijak. Apa yang perlu kita pastikan adalah choose the right design, the right brand, and of course the right budget for our pocket.
If you are truly a Bag-a-holic, and love to collect handbags,
Now, memang banyak online fashion boutique yang menawarkan pelbagai pilihan handbag murah, up to date, dan dari pelbagai jenama popular!