Quantcast
Channel: Premium Beautiful by Naa Kamaruddin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 200

Makan-makan Raya last kopek!

$
0
0
Syawal dah habis, u'olls dah habis beraya ke belum? 

Bukan malaysian la kan kalau tak cukup sebulan beraya.
Bukan setakat sebulan Syawal, tapi ada jer yang extend buat open house lagi selepas habis Syawal. Tak sempat kejar weekends kan? Standard la tu. 

But, look at the good side, inilah peluang kita nak berjumpa and get together with old friends, family members yang jarang berjumpa. 
Waktu lain, masing-masing busy jer manjang. 

Naa sendiri pun tak terlepas peluang catching up with good friends and this is how I ended my Syawal, last kopek! 

Saturday, ada birthday party at Hanis Haizi's house, 
and the kids pun follow sama. 


The menu, semua western food and super delicious!!! 
Makan sampai kenyang dan asik repeat tambah.
For the dessert, ada cream puff yang sangat la sedap, asik teringat jer lagi ni. 


The kids also had fun, kecoh macam tadika dah jadinya. 
Birthday boy, Hariz was excited to show everyone his birthday present, new PS4! Wahhh, darjah 2 dah dapat ps4 and my son Danial apa lagi, asik mintak nak PS4. 
Haha, main pun tak reti lagi. Hai laa anak! 



Dua budak kecik ni, masih dalam dunia sendiri. Dapat main balloons, picit-picit oven ni pun dah ok jer


Acara potong cake!
The pretty and yummy cake was from dwenujang. Highly recommended,  Danial's avengers cake sebelum ni pun from him jugak. 


Last picture, gambar paling mahal. 
With my direct upline, Farah (the one who introduced me to Hanis and bawa Naa masuk dalam business), and my business mentor the famous Hanis Haizi. This is our first time, ambil gambar bertiga. 
*sorry girls, i share gambar full kat sini, not the cropped one ;P love you two! 



Now,
 kita masuk aktiviti on Sunday afternoon. 

I had small gathering with my Triple-G Darlings! 
Tak semua dapat gather this time. But we had fun, dapat makan masakan air tangan Shahida yang sangat sedap. Memang masakan dari hati penuh kasih sayang.hehe..

Menu utama: nasi lemak, rendang ayam, and bubur durian. Hmmm, super yummy! 


6 of us, 
the hot girls zaman UTP dulu. 
Now, semua dah kahwin. Memang we all ni gang kecoh kat uni dulu sebenarnya. And we had a group chat in MIRC, #tripleg . Korang wujud ke zaman chatting mirc? Heee...kakak-kakak ni dah masuk 3 series. Dulu mana ada whatsapp, takde smartphones, but we all happy jer duduk kat ceruk Tronoh tu.


And these are the lucky husbands! 
Bertuah dapat isteri-isteri macam kitorang kan ;P 



And here's our juniors! 

Kali ni, tadika aunty Shahida mmg dapat 5 Bintang! 
Ada yang menangis taknak balik, sebab nak main lagi. Awww, comel betul budak-budak ni.
Mommies pun kalau boleh nak stay lagi lama. 




The cool aunty eima, and uncle izzat! 
Kami semua doakan both of you cepat-cepat dapat baby yang comel-comel jugak, Amin. In Syaa Allah semoga dipermudahkan. We love you! 


The last 4 girls sambung bercerita, sambung makan and bergambar.


Ni masa kecoh try selfie with shahida's phone yang boleh detect your age. So cool kan? Bila dah masuk 3 series ni, of course la semua kalau boleh nak muka nampak muda jer! 



Orait, this post maybe dah terlalu panjang. Let me end it here. 

Thanks for reading lovelies! 
Hope you guys had a wonderful Syawal too this year.
Goodbye Syawal, 
semoga kita semua diberi peluang untuk bertemu Ramadhan dan Syawal lagi tahun hadapan, amin. 





Viewing all articles
Browse latest Browse all 200

Trending Articles